Thursday, May 12, 2011

kursus perubatan dibekukan??!!

salam..
1. jangan terkejut sebab bukan semua kursus perubatan yang sedang berjalan didalam negara mahupun luar negara akan dibekukan tapi ia hanya melibatkan permohonan kolej2 yang baru nak apply untuk adakan kursus perubatan ( e.g kalau utp baru nak apply untuk buat kursus perubatan maka tak boleh dalam masa 5 tahun ni )

2. walaubagaimanapun kite cuba lihat dahulu beberapa pendapat yang terdetik dihati.
          - kebanyakan orang2 kementerian adalah orang politik so banyak hal berkenaan kesihatan banyk terjebak atau dijebakkan ke arah politik.
          - banyak hal2 berkenaan bidang perubatan hanya diambil perhatian oleh kerajaan atau kementerian SETELAH dihebohkan oleh media.
        
3. Sebagai pelajar perubatan, saya memberikan contoh kolej ****, bilangan 'intake' pelajar bertambah dari tahun ke tahun. Dari 100 orang setiap 6 bulan kepada 170 orang setiap 6 bulan 2-3 tahun selepasnya. Di sini kite dapat lihat yang bukan jumlah kolej yang menawarkan kursus perubatan semata2 yg terlibat dalam masalah ini.

4. Pada pendapat saya, jika kerajaan membuat keputusan ini adalah untuk mengurangkan jumlah doktor 'to prevent the overload of  doctors in Malaysia' maka saya bersetuju kerana kredibility bidang ini perlulah dijaga.

5. Tetapi kita harus ingat ini bukan satu cara untuk mengurangkan doktor yang didakwa tiada kemampuan atau kurang cekap. Kemampuan dan kecekapan doktor perlu dilihat atau dilatih ditahap kolej itu sendiri.Tak semestinye bilangan berkurangan bakal melahirkan doktor yang lebih cekap. Kan bagus kalau kita ada lebih ramai doktor DAN doktor yang ramai2 itu doktor yang cekap :)

6. Takde masalah bagi saya jika kite mempunyai doktor yang ramai. Seperti contoh di India, doktor adalah terlalu terlalu terlalu terlalu ramai..tapi kalu kite lihat dari segi positivenye, kerana risau tiada kerja, maka doktor2 ini cepat2 melanjutkan pelajaran ke bidang specialist kerana jika tidak, general practitioner ( doktor biasa ) tidak akan ada kerja dan akan dihantar ke ceruk2 kampung di peripheral health care unit.




p/s : Malaysia masih kekurangan neurosurgeon and forensic specialist walaupun ade lambakan doctor..haha
                                

No comments:

Post a Comment